Sekolah Menengah Kebangsaan Perai diberi nama sedemikian kerana sekolah ini terletak di kawasan Perai. Kedudukannya yang berhampiran Jalan Baru kira-kira setengah kilometer dari pintu masuk ke jambatan Pulau Pinang, lima kilometer ke bandar Butterworth dan sepuluh kilometer ke bandar Bukit Mertajam. Sekolah ini tedrletak di lot 4381 Mukin 1, Seberang Perai Tengah dengan keluasan 15,979 meter persegi dan dibuka pada tahun 1984.
Bermula pada tahun 2005 menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsan Perai telah berubah wajah dengan penambahan bilangan guru, pelajar serta kelas. Sebelum ini, terdapat dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Kini, ia ditukarkan kepada satu sesi persekolahan sahaja iaitu sesi pagi dengan kekuatan staf guru seramai 48 orang serta staf sokongan seramai 9 orang. Enrolmen pelajar adalah seramai 642 orang dengan bilangan kelas 25 buah.Terdapat 4 blok bangunan kesemuanya iaitu blok A menempatkan pejabat, bilik guru, perpustakaan dan kelas. Blok B menempatkan makmal multimedia, bilik mesyuarat, bilik BOSS, surau serta kelas. Blok C menempatkan bilik Audio-visual, bilik BBM, bilik B&K, bilik Seni, makmal sains serta kelas. Blok D menempatkan dewan sekolah, bilik gerakan pengawas serta kelas. Juga tambahan 2 buah makmal komputer.
0 comments:
Post a Comment